Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jabatan Air hantar bantuan ke Felda Sahabat

Jabatan Air Lahad Datu hari ini menghantar bantuan kepada penduduk kampung yang dipindahkan di Felda Sahabat berikutan

pencerobohan pengganas militan di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu.

    

Jurutera Air Bahagian Samsul Bahriy Marullah berkata bekalan air mineral, kuih-muih dan pakaian dihantar ke dewan serbaguna Embara Budi dengan empat kenderaan pacuan empat roda.

    

"Kami menyertai badan-badan lain yang prihatin menyalur bekalan kepada penduduk kampung, termasuk petugas di sana (Embara Budi)," katanya kepada pemberita semasa melepaskan konvoi penghantaran bantuan itu di Lahad Datu.

    

Samsul juga berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil menyumbang bantuan untuk kira-kira 1,850 penduduk yang dipindahkan ke Embara Budi dan Fajar Harapan di Felda Sahabat, termasuk pasukan keselamatan yang bertugas dalam Op Daulat.

    

Penduduk yang dipindah ialah dari Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu.

- Bernama

ADS