BERITA

Bentong: Wong Tack tanding tiket DAP

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Apr 2013, 10:48 malam

dikemaskini Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack akan bertanding kerusi Bentong dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang menggunakan tiket DAP.

azlan Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang medianya hari ini.

Bentong kini kubu kuat MCA yang diwakili oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai yang juga menteri kesihatan.

Dalam pilihan raya umum 2008, Liow menewaskan calon PKR G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi.

Wong dikenali sebagai antara yang paling lantang menentang projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan