PNB umum dividen 6.80 sen bagi ASM
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), satu anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan dividen 6.50 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.
ASNB juga mengumumkan pengagihan pendapatan khas 0.30 sen seunit sebagai tanda penghargaan terhadap para pelabur bagi sokongan mereka.
Pengagihan pendapatan 6.80 sen seunit itu lebih tinggi daripada 6.50 sen seunit yang dibayar pada tahun lepas, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hari ini.
Katanya pengagihan pendapatan itu akan melibatkan pembayaran keseluruhan
RM913.85 juta, iaitu satu peningkatan 11.6 peratus berbanding dengan RM818.62 juta yang dibayar pada tahun lepas.
"Pembayaran itu akan memanfaatkan 542,809 pemegang unit yang kini memegang 13.44 bilion unit ASM," katanya pada satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.
- Bernama

