PRU: Simpang-siur bagi DAP di Bentong
Menghabiskan umur persaraannya di rumah batu setingkat, Kamis Man, peneroka di Felda Kemasul, Pahang, dilanda masalah air sejak tahun lalu kerana masalah kebocoran paip.
Bagaimanapun, walaupun dia percaya wakil rakyatnya Liow Tiong Lai yang juga menteri kesihatan seperti tidak menunaikan janji pilihan raya untuk mengatasi masalah itu, orang kuat MCA itu tetap mendapat sokongan padunya.
Menurutnya, Liow seorang yang lembut dan penampilannya disenangi - sama sekali berbeza dengan tanggapan di luar bahawa menteri itu lemah, teragak-agak dan tidak mempunyai karisma.
Begitu juga dengan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob yang lebih dikenali ekoran ketegasan dan kontroversi 'isyarat tangannya' tidak lama dahulu.
"Tok Nan suka melawak dengan kami," kata Kamis ( lihat gambar ) sambil ketawa di kerusi rotan ketika ditanya tentang anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai yang sudah 14 tahun mentadbir negeri itu.
Kedua-dua Liow dan Adnan masih mencapai populariti tinggi di kawasan Felda yang terletak kira-kira 70km dari Bentong, bandar utama dalam parlimen itu.
Peneroka mewakili 20 peratus daripada 11,136 pengundi (setakat 2011) di kerusi Bentong, jumlah signifikan yang tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana parti.
[Baca laporan penuh]

