S'wak mahu bina jalan berhias ala Paris di Kuching
Diterbitkan: Mar 18, 2013 3:03 PM | Dikemas kini: Mar 18, 2013 3:05 PM
Kementerian Pelancongan Sarawak merancang untuk membangunkan kawasan di sepanjang Jalan Haji Taha dan Jalan P Ramlee di bandaraya ini sebagai 'boulevard' seperti di Eiffel Tower, Paris.
Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata cadangan itu telah dimasukkan dalam rancangan kerajaan negeri.
Kawasan itu terletak antara Pusat Islam Sarawak dan pusat warisan Brooke Dockyard, katanya dan menambah oleh kerana kawasan itu terletak bersebelahan perkampungan Melayu, ia akan membawa manfaat kepada penduduk dalam meningkat taraf hidup mereka.
Beliau berkata rancangan pembinaan laluan itu selari dengan program mencantikkan tebingan sungai termasuk pelebaran kawasan tebingan Kuching ke arah muara Sungai Bintangor.
- Bernama

