Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua kem PLKN di Sabah ditutup sementara
Diterbitkan:  Mar 19, 2013 3:54 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sabah iaitu Kem PLKN San Shui, Tawau dan Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan ditutup sementara demi kepentingan pelatih.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelatih Kumpulan 2 Siri 10/2013 yang sepatutnya melapor diri di kem terbabit pada 30 Mac ini akan ditempatkan di kem lain.

"Seramai 142 pelatih dari Semenanjung yang telah ditempatkan di kedua-dua kem tersebut ditukar ke lima kem di Selangor dan Melaka," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Menurutnya surat mengenai pertukaran kem itu telah dihantar kepada pelatih terbabit sejak minggu lepas.

Abdul Hadi berkata 846 pelatih dari Kawasan keselamatan Khas yang akan ditempatkan di kedua-dua kem itu pula ditangguhkan latihan mereka ke kumpulan 3.

Keputusan itu tidak membabitkan 516 pelatih yang akan ditempatkan di kem di Semenanjung dan mereka perlu meneruskan latihan mengikut jadual seperti notis panggilan asal, katanya.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan JLKN dan Bahagian Pengurusan Pelatih di talian

03-40274777/4774/4664/4646/4773/4779/4776/4131/4132/4123 atau melayari laman sesawang JLKN di www.khidmatnegara.gov.my untuk maklumat lanjut.

- Bernama

ADS