Berikut adalah intipati Laporan Tahunan Program Transformasi Negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

  • Sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai.   
  • Pendapatan Negara Kasar per kapita meningkat daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada 2012.   
  • Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.   
  • Kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada 2012.   
  • Kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012.   
  • Kerajaan memperuntukkan RM2.34 bilion bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk lebih enam juta rakyat.   
  • Baucer Sekolah 1Malaysia berjumlah RM524 juta beri manfaat kepada lebih 5.24 juta murid.   
  • Baucer Buku 1Malaysia manfaat lebih 390,000 pelajar dengan peruntukan lebih RM97.5 juta.   
  • Kerajaan peruntuk RM37.8 bilion biayai pelbagai subsidi untuk tanggung kos kehidupan seharian rakyat.   
  • Lebih 100,000 orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh tiga tahun di bawah program e-Kasih.   
  • Kerajaan tawar lebih 100,000 unit kediaman mampu milik kepada rakyat.

 

  • NKRA telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir empat juta pendudukluar bandar.

 

  • Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International letakkan Malaysia di kedudukan yang lebih baik daripada tahun lepas.

 

  • Sejumlah 260 daripada 400 kes rasuah yang dibicarakan, telah diselesaikan tahun lepas.

 

  • Kadar jenayah dikurangkan sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun.

 

  • Hampir 50 juta pelancong melawat Malaysia pada 2011-2012 dengan Pendapatan Negara Kasar hampir RM100 bilion.
  • Eksport sektor kandungan dan infrastruktur, komunikasi dan industri kreatif catat RM547 juta.
  • Malaysia boleh capai status negara berpendapatan tinggi, mengikut takrifan Bank Dunia lebih awal dari dijangkakan.
  • Kuasa beli rakyat Malaysia kini hampir dua kali ganda pendapatan per apita yang ada.
  • Sumbangan Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan lebih 400,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.
  • Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia mengikut World Bank ase of Doing Business Report 2013.
  • Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing menurut laporan World ompetitiveness Yearbook 2012/2013.
  • Malaysia diletakkan sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan angsung asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.
  • Pengiktirafan global kepada Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada rakarsa-prakarsa GTP dan ETP.
  •  Bantuan Rakyat 1Malaysia dijadikan inisiatif tahunan.

    

- Bernama