BERITA

Harian Metro tolak iklan k'jaan P Pinang

Hazlan Zakaria

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Mac 2013, 9:21 pagi

Hasrat kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk menyiarkan iklan program pembasmian kemiskinan di negeri itu ditolak oleh sebuah akhbar utama berbahasa Melayu.

Difahamkan bahawa akhbar Harian Metro tidak mahu menjual ruang iklan kepada parti pembangkang.

"Kerajaan negeri mahu membeli iklan bagi program pembasmian kemiskinan untuk menghapuskannya pada tahun ini dan untuk mendaftar keluarga yang berpendapatan rendah.

"Kami pergi ke Harian Metro dan mereka berkata sekiranya iklan daripada kerajaan pembangkang Pakatan Rakyat, mereka tidak menerimanya," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang medianya pagi ini.

Bercakap selepas merasmikan saluran internet DAP Ubahtv, Lim berkata Harian Metro kekal dengan pendiriannya itu sekalipun dimaklumkan iklan tersebut tidak bersifat politik dan ia adalah daripada kerajaan negeri.

"Ini satu yang perkara yang pelik di Malaysia... Kami mahu memberi duit, tapi mereka tak mahu," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi bahagian pengiklanan NSTP, tetapi gagal mendapat penjelasan lanjut daripada mereka.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.