Penonton KiniTV cecah 3 juta
Penyedia baru TV internet - KiniTV - menerima sambutan yang begitu hangat daripada penonton dalam bulan pertama pelancarannya, yang mencecah lebih 3.3 juta tatapan Mac.
KiniTV
adalah penjenamaan semula laman
Malaysiakini.tv
. Dilancarkan
pada 17 Mac, KiniTV mencatatkan 92,936 pengunjung unik dan lebih 255,736 tatapan halaman pada 31 Mac 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif KiniTV, Yong Kai Ping (kanan) berkata penonton terus berkembang sejak proses penjenamaan semula pada bulan Januari, dengan kenaikan dari 1.5 juta tatapan pada Januari kepada lebih 2,36 juta tatapan pada bulan Februari dan mencecah 3.3 juta pada bulan Mac.
KiniTV mencapai lebih 7.2 juta penonton dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2013, menjadikannya salah satu stesen TV internet paling popular di negara ini.
Sebagai rakan kongsi langsung YouTube, saluran YouTube mempunyai 64,396 pelanggan, 6,665 video dan lebih 61 juta tatapan.
Pencapaian
KiniTV
dan
Malaysiakini.tv
sebelumnya, telah diketengahkan dalam persidangan Google di Singapura baru-baru ini.
"Penonton dahagakan laporan berita televisyen bebas yang menyediakan perbincangan yang mendalam dan pelbagai pandangan
yang jelas kekurangan dalam media arus perdana.
"Angka yang berkembang pesat itu adalah bukti bahawa KiniTV telah dapat mengisi ruang kosong tersebut dan bahawa kita berada di landasan yang betul," kata Pengarah KiniTV , Premesh Chandran.
300 video dalam tiga bulan
Yong juga memuji usaha 13 anggota editorial KiniTV yang telah bekerja siang dan malam untuk menghasilkan 235 bahan berita dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina, 14 temubual dan keluaran khas, serta 41 video mengenai pencerobohan di Lahad Datu dalam tempoh yang singkat.
Isu khas yang menarik minat dan mencetuskan perbincangan yang panjang termasuklah 'BN cyber trooper,' 'Mama Bersih' dan 'Pacaba' (mengundi, mengira, dan ejen).
"Kami akan memberi tumpuan mengadakan dialog di peringkat
nasional dan perbincangan mengenai topik kritikal menjelang pilihan raya umum, dengan temubual dan forum yang terdiri daripada ahli politik dari kedua belah pihak serta analisis bebas."
Bagi tempoh kempen pilihan raya umum pula, KiniTV akan membuat liputan di peringkat akar umbi serta kempen yang dijalankan, serta memberi tumpuan kepada "kerusi panas".
"Kami memposisikan kedudukan kita sebagai stesen TV pilihan raya No 1 yang akan mengungkap sentimen pengundi serta mencerminkan pemikiran rakyat di tengah-tengah kempen yang dijalankan," kata Yong.
[Baca berita penuh di KiniTV ]

