Pasaran saham Malaysia terus bergolak hari ini ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Dalam pengumumannya hari ini, Najib memberi jaminan bahawa peralihan kuasa di peringkat negeri dan persekutuan – sekiranya berlaku – akan dijalankan dengan aman.

NONE Indeks FBM KLCI yang berada di tahap tertinggi sejak 11 minggu lalu, menjunam hampir 50 mata dalam dagangan pagi ini, kurang tiga mata di bawah 1,640 mata, sebelum kembali melonjak ke tahap 1,660 mata menjelang tengahari.

Ia kembali pulih selepas pengumuman Najib dan jatuh 17 mata.

"Pasaran mengambil masa yang lama untuk meningkat dan kehilangan kesemuanya dalam satu hari... Ini menunjukkan pasaran berada bawah tekanan," kata seorang penganalisis dari Alliance Research.

KLCI, yang mengesan 30 saham paling tertinggi mengikut had pasaran, tidak pernah merekod paras lebih bawah daripada 1,640 mata sejak 26 Mac, kata penganalisis itu.

Sekiranya tahap itu dilepasi, takah seterusnya untuk diperhatikan ialah di peringkat 1,600 mata.

Harga pasaran diniagakan di bawah tahap 1,600 di satu peringkat pada November tahun lalu ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya umum diperkatakan.

[Baca berita penuh]