SPR akan mesyuarat, tetap tarikh p'raya
Diterbitkan: Apr 3, 2013 1:30 PM | Dikemas kini: Apr 3, 2013 1:35 PM
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu surat pemakluman daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri-negeri yang dibubarkan sebelum boleh menentukan tarikh mesyuarat khas menetapkan hari penamaan calon dan tarikh pengundian pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berharap surat pemakluman rasmi itu diterima hari ini.
"Kita harap terima surat secepat mungkin dan selepas itu barulah SPR dapat tetapkan tarikh mesyuarat khas," katanya ketika dihubungi Bernama di Putrajaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
- Bernama

