Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Kadang-kadang Tuan Pengerusi, sebagai Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ada input yang mungkin tidak dikenal dalam kerajaan, [Disampuk] ini yang saya hendak beri penjelasan ini. You, kalau you hendak .....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Maka, tolong sampaikan kepada kerajaan.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Okay, nanti saya beri penjelasan dengan Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, beri penjelasan dengan Seputeh. [Disampuk] Di Sarawak, Tuan Pengerusi, dengar cakap saya dahulu, dengar cakap saya dahulu. Semasa di Sarawak ada ......

Puan Fong Po Kuan: Tuan Pengerusi, dengan izin, ini di bawah Peraturan Mesyuarat berapa ya? [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dia boleh minta penjelasan, boleh.

Puan Fong Po Kuan: Dia jelas kepada apa yang dikatakan oleh Setiausaha Parlimen, boleh ....

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Suruh balik 'hisap pepetlah' ini budak kecik ini.

Puan Fong Po Kuan: .... tetapi bukan jelas kepada Seputeh.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Beliau sudah kata demikian [Disampuk]

Beberapa Ahli: Suruh dia tarik balik, tarik balik.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dia sudah kata demikian.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Budak kecik suruh dia 'hisap pepet' pergi rumah sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Batang Lupar jangan kita buang masa-lah. Kalau apa ....

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Dia yang buang masa.

Puan Fong Po Kuan: Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 36(4). Dia kurang sopan terhadap saya, nyatakan saya budak kecil. [Tepuk] Saya dipilih oleh rakyat, saya dipilih oleh penduduk di kawasan Batu Gajah. Telah berulang-ulang kali dia berkata demikian. [Disampuk] Saya pohon Tuan Pengerusi buat sesuatu.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, gunakan perkataan kena berjaga-jagalah.

SUMBER: Hansard 4 April 2000, halaman 114

Dato' Haji Mohd Khalid bin Mohd. Yunus: Itu hak sayalah hendak beritahu, tak beritahu.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi: Cukuplah, cukuplah.

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Dato' Haji Mohd Khalid bin Mohd. Yunus: Ini apa hendak ini, budak datang dari mana ni?

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Puan Fong Po Kuan: Maaf, sila ulang apa Yang Berhormat kata tadi?

Dato' Haji Mohd Khalid bin Mohd. Yunus : Saya tak beri jalan, Tuan Pengerusi.

Puan Fong Po Kuan: Saya minta ulang apa yang dia kata.

Dato' Haji Mohd Khalid bin Mohd. Yunus : Saya tak beri jalan, gunalah peraturan mesyuarat, guna!

Puan Fong Po Kuan: Peraturan.

Tuan Pengerusi: Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk] [pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat itu telah keluar. Saya hanya minta ....