Malaysiakini BERITA

Peguam persoal kelayakan Papagomo jadi calon

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon.

Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.

Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.

Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu.

“Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo,” katanya.

Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen utuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.

Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun/

[Baca berita penuh]