Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'K'jaan sering ambil mudah pandangan profesional'

WAWANCARA Jauh di lubuk hatinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sering memasang hasrat untuk menyertai politik, meskipun beliau berasal dari keluarga Istana Terengganu dan menjadi arkitek yang dikenali ramai.

Baginya, politik bukanlah kerjaya yang lebih baik dari bidang senibina, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini beliau mula memacu langkah sebagai seorang ejen perubahan.

Beliau sering bersuara bagi membolehkan pandangan golongan pakar dari pelbagai bidang didengar, bukan sahaja oleh masyarakat umum tetapi juga oleh pihak berkuasa.

Raja Bahrin, 58, melihat bahawa pandangannya mengenai rekaan, terutama berhubung Stadium Sultam Mizan di Kuala Terengganu yang tidak diendahkan, menyebabkan struktur bumbung berkenaan runtuh – bukan sekali tetapi dua kali – pertama kali pada 2009 dan kali kedua pada tahun lalu.

Beliau beriltizam untuk mewakili suara golongan profesional yang tidak diendahkan oleh pentadbiran kerajaan BN dan berharap penyertaannya dalam politik akan memaksa pihak berkuasa menghormati pandangan dan pendapat masyarakat profesional dengan lebih serius.

PAS semalam menamakan perancang bandar dan arkitek tersebut sebagai calonnya untuk kerusi parlimen Kuala Terengganu.

"Ramai golongan profesional di negara ini kecewa kerana kepakaran dan nasihat mereka diambil mudah oleh kerajaan sedia ada, menyebabkan pandapangan pakar ini diabaikan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya.

“Mungkin tiba masanya bagi seseorang dari profesyen senibina ke hadapan, untuk mengembalikan profesionalisme ke atas semua aspek perancangan dan pembangunan negara, terutama dalam perancangan bandar,” kata Raja Kamarul Bahrin dalam satu wawancara semalam.

"Banyak kali kita lihat pihak berkuasa tempatan merangka pelan induk, tetapi tidak diikuti. Apa gunanya pentadbir bersusah payah merangka pelan yang bagus sekiranya ahli politik dan golongan elit dalam majlis perbandaran mengubahnya atau tidak mengikut idea yang diusahakan dengan baik itu?,” soalnya.

[Baca berita penuh]

ADS