Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan membincangkan langkah bertanding di Cameron Highlands dan pendiriannya di sepuluh lagi kerusi yang didakwa diminta oleh anggota parti-parti dalam Pakatan Rakyat bertanding bawah logo mereka.

Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar anggota jawatankuasanya yang diputuskan malam tadi selepas PKR mengumumkan calon sendiri di Semenyih, Selangor.

PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 1 Menurut Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan ( kanan ), Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melanggar janji untuk tidak membuat pengumuman tentang kerusi ekoran rundingan berhubung hasrat mereka bertanding masih berjalan.

Agenda mesyuarat seperti berikut itu:

  • Menyemak semula kedudukan mereka untuk bertanding empat kerusi menggunakan logo sendiri.
  • Membincangkan perkembangan baru yang menyaksikan Pakatan mewujudkan keadaan tiga penjuru dan hubungannya dengan Pakatan.
  • Membincangkan dan memutuskan permohonan daripada bukan anggota PSM, kebanyakannya anggota DAP dan PKR, yang mahu bertanding menggunakan logo PSM. (Sehingga kini, didakwa terdapat sepuluh permintaan - dua daripada Sabah, satu di Perak, tiga Negeri Sembilan dan empat daripada Selangor.)
  • Membincangkan permintaan kumpulan alam sekitar dan PSM Cameron Highland untuk meletakkan calon sendiri di kawasan itu.
[Baca berita penuh]