DAP dakwa 5 calon BN S'gor miliki ijazah palsu
Pengarah strategi DAP Ong Kian Ming mempersoalkan kewibawaan lima orang calon BN di Selangor yang didakwa memperolehi kelulusan akademik dari universiti didakwa meragukan.
Sedangkan, koordinator BN negeri Mohd Zin Mohamed mempromosi calon parti berkenaan sebagai individu “berkebolehan, dinamik dan progresif”, katanya yang menamakan calon berkenaan.
Katanya lagi, beliau kecewa apabila barisan calon berkenaan digambarkan dengan pujian sebegitu, sedangkan lima daripadanya – dua di peringkat parlimen dan tiga di peringkat negeri – didakwanya menyenaraikan kelulusan akademik dari "kilang ijazah".
"...Dalam kata lainnya (ia merupakan) universiti dan kolej palsu yang mengeluarkan ijazah akademik palsu dengan bayaran," kata Ong dalam satu kenyataan.
[Baca berita penuh]

