Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman menyangkal dakwaan DAP bahawa Umno mencalonkan beliau bertanding di Parlimen Gelang Patah sebagai satu taktik untuk menamatkan kerjaya politiknya.

NONE Ditanya pemberita hari ini sama ada beliau gembira bertanding di

Gelang Patah, Ghani sambil ketawa berkata beliau sebaliknya gembira mengakhiri khidmatnya sebagai menteri besar.

Menjawab soalan selepas menyerahkan surat pelantikan kepada tiga calon MCA di sebuah hotel di Johor Bahru pagi ini, Ghani bertegas bahawa dakwaan DAP itu tidak benar, dan bahawa beliau telah diberi mandat untuk bertanding di Gelang Patah.

dap kulai ceramah 160413 lim guan eng 02 Malam tadi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu satu

ceramah di Kulai bahawa Ghani bahawa Umno tidak mahu Ghani lagi dan menghantarnya bertanding di Gelang Patah, untuk berdepan dengan bapanya, Lim Kit Siang.

Guan Eng mendakwa setiap orang tahu bahawa Ghani 'tidak boleh lagi bertentang mata' dengan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[Baca berita penuh]

ADS