PKR hari ini mengumumkan akan bertanding 10 kerusi pada pilihan raya umum ke-13 di Melaka iatu tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    

Pengerusi PKR Melaka yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kerusi Parlimen itu ialah  Bukit Katil, Tangga Batu dan Jasin.

    

Sementara kerusi DUN terdiri daripada Ayer Limau, Rembia, Gadek, Machap, Sungai Udang, Paya Rumput dan Rim.

Beliau berkata tujuh muka baru diketengahkan kali ini iaitu Rahmat Yusof, 55, (Jasin), Rahim  Ali, 67, (Tangga Batu), Asri Buang, 58, (Sungai Udang), Rusnah Aluai, 51, (Rembia), Halim Bachik, 44, (Ayer Limau), G  Rajandran, 51, (Gadek) dan Azmi Khamis, 49, (Rim).

    

Sementara muka lama termasuk beliau sendiri bertanding di Bukit Katil, Taha Ahmad, 62, (Paya Rumput) dan Ginie Lim Siew Lin, 32, (Machap).

    

- Bernama