Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bagi membendung kes pembelotan yang menghantui parti itu selepas pilihan raya umum 2008, PKR telah mewajibkan semua calonnya yang menang, membayar gantirugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka melompat parti.

NONE Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong berkata selepas menerima surat pelantikan itu, jika mana-mana calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti selepas menang, perlu membayar gantirugi RM5 juta kepada parti.

"(Oleh itu,) mereka perlu menandatangani surat Akujanji," kata Steven  Choong (kanan).

"Jika anda bersedia menerima surat pelantikan itu, maka anda tidak boleh berpatah balik," katanya dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi ini sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada beberapa calon PKR di Johor.

[Baca berita Penuh]

ADS