BERITA Malaysiakini

PAS, PKR bertembung di 7 kerusi

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di enam kerusi - sebuah Parlimen dan lima DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.

Kerusi Parlimen tersebut ialah Labuan, manakala enam kerusi DUN itu ialah Sungai Acheh di Pulau Pinang, Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) serta tiga lagi DUN di Terengganu - Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir.

Di Labuan, PKR mencalonkan Ibrahim Menudin manakala PAS meletakkan Hadnan Mohamad.

Mereka akan berdepan dengan pendatang baru Rosman Isli dari Umno. Pada 2008, kerusi itu dimenangi oleh Yusof Mahal dari Umno dengan majoriti yang besar.

Star Online melaporkan Ibrahim sebagai berkata tiada kompromi dan mereka akan berentap antara satu sama lain.

Katanya, mereka tidak boleh menarik diri kerana sudah memfailkan kertas pencalonan dan jika berbuat demikian, akan hilang wang deposit.

Ibrahim, merupakan salah seorang rekrut baru PKR dengan latar belakang korporat, yang juga bertanding kerusi DUN Bongowan di bawah Parlimen Kimanis.

Di Pulau Pinang, PKR dan PAS akan bertembung di Sungai Acheh.

NONE PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin ( kiri ) yang lebih dikenali sebagai ChuguBard manakala PAS meletakkan Mohd Yusni Mat Piah.

Kerusi itu disandang oleh Mahmud Zakaria dari Umno, yang menang pada 2008 dengan majoriti nipis 250 undi.

di Kota Putera, Adam Mat Said (PAS) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) akan berdepan dengan Mohd Mahdi Musa (BN).

Di Bukit Besi pula, PAS dan PKR turut meletakkan calon masing-masing iaitu Roslan Islam (PAS) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR). Mereka akan berdepan dengan calon BN, Roslee Daud.

Kerusi Kota Damansara pula akan ditandingi enam calon, termasuk dari PAS dan PKR. Mereka ialah Ridzuan Ismail (PAS), Halimaton Saadiah Bohan (BN), Mohd Nasir Hashim (PKR-penyandang), Halmi Omar (Bebas), Edros Abdullah (Bebas) dan Suppiah a/l Anandan (Bebas).

PAS mesyuarat Isnin ini

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof berkata, Jawatankuasa Harian Pusat parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini untuk membuat keputusan berhubung pertindihan calonnya dengan PKR.

"Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya dalam kenyataannya petang ini

SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG

Badrul Hisham Shaharin (PKR)

Mohd Yusni Mat Piah (PAS)

Datuk Mahmud Zakaria (BN)

KOTA DAMANSARA, SELANGOR

Ridzuan Ismail (PAS)

Mohd Nasir Hashim (PKR)

Halimaton Saadiah Bohan (BN)

Halmi Omar (Bebas)

Edros Abdullah (Bebas)

Suppiah Anandan (Bebas)

LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN

Rosman Isli (BN)

Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)

Hadnan Mohamad (PAS)

PANTI, JOHOR

Azlisham Azahar (PAS) 

Datuk Baderi Dasuki (BN)

Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) 

SEBERANG TAKIR, TERENGGANU

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)

Zakaria Dagang (PAS)

Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

KOTA PUTERA, TERENGGANU

Mohd Mahdi Musa (BN)

Adam Mat Said (PAS)

Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

BUKIT BESI, TERENGGANU

Roslan Ismail (PAS)

Roslee Daud (BN)

Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)