Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Calon PKR, Dr Afif Bahardin, yang bertanding kerusi DUN Seberang Jaya mungkin merupakan calon termuda di Pulau Pinang tetapi beliau berentap di salah sebuah kerusi paling panas di negeri itu.

Kerusi itu dianggap paling panas kerana bakal ADUN di Seberang Jaya atau Penanti, yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh, dijangka dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang I.

Sebuah lagi kerusi, Permatang Pasir , ditandingi calon PAS yang juga pesuruhjaya negeri itu, Datuk Salleh Man.

Difahamkan jawatan itu, yang diperuntukkan kepada PKR itu, berkemungkinan besar datang dari Permatang Pauh, kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika berjaya mempertahankan kerusi tersebut, berharap menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya pada 5 Mei nanti.

NONE Tetapi Afif, 28, (kiri) hanya boleh dipertimbangkan untuk jawatan

tersebut jika beliau memenangi kerusi berbilang kaum itu, untuk mengenepikan dua calon lain - Mohammad Nasir Abdullah, 51, dari Umno dan calon Bebas, Samsut Tabrej GM Ismail Maricar, 63.

Calon PKR di Penanti dijangka tidak akan dipertimbangkan untuk jawatan tersebut kerana masalah kesihatan selepas mengalami strok ringan tidak lama dahulu.

KTM 1 sementara yang juga pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman telah dipindahkan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Afif yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, enggan mengulas mengenai perkara itu.

Menurutnya, beliau lebih suka memenangi kerusi itu terlebih dahulu kerana beliau berdepan saingan yang sengit, memandangkan dirinya adalah seorang pendatang baru.

Bagaimanapun, beliau dilihat mempunyai peluang yang baik untuk menang kerana sebagai seorang doktor di sebuah hospital kerajaan ia membantu beliau untuk mendekati para pengundi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS