Kajian: Muhyiddin no 1 serang pembangkang
Menurut kajian, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin paling banyak dipetik media dalam isu serangan terhadap parti lawan.
Beliau mendapat markah 24.7 peratus dalam kategori "serangan politik" di media, terkehadapan berbanding bosnya Datuk Seri Najib Razak dengan 21.3 peratus mata.
Ini berlaku walaupun Najib didapati menjadi ahli politik paling banyak dipetik (27.1 peratus), hampir dua kali ganda dengan timbalannya sebanyak 11.8 peratus.
Tempat ketiga dalam carta itu jatuh kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat markah 18.5 peratus.
"Jika dilihat bersama-sama, ketiga-tiga ahli politik ini bertangungjawab terhadap 64.4 peratus serangan politik yang dibuat secara keseluruhan.
Kajian itu dibuat oleh Universiti Nottingham dan NGO Pusat Kewartawanan Bebas yang memantau 29 media antara 7hingga 15 April bagi menghasilkan laporan itu.
Mereka memantau pelbagai bahasa, termasuk berita dalam akhbar berbahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil serta saluran TV, portal berita dan agensi berita nasional BERNAMA.
Sementara itu, antara ahli politik pembangkang yang dimasukkan dalam senarai itu termasuklah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang (13.9 peratus), diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (4.5 peratus) dan Ketua Umum PKR (4.3 peratus).

