Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Pakatan bukan gabungan yang sebenar
Diterbitkan:  Apr 29, 2013 10:07 AM
Dikemaskini: 2:09 AM

Pakatan pembangkang bukan sebuah parti gabungan yang sebenar kerana semua parti masing-masing mempunyai ideologi, pemikiran dan pandangan berlainan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata parti-parti pembangkang itu hanya bersatu semata-mata untuk memenangi pilihan raya umum.

mahathir on ntv7 chat time 250413 03 "Mereka amat tahu sekiranya mereka bertelagah sesama sendiri, mereka akan kalah kepada Barisan Nasional (BN). Oleh itu mereka membuat keputusan untuk meletakkan seorang calon bagi setiap kawasan pilihan raya.

"Jadi wujud pertandingan satu lawan satu...Sudah pasti ini akan meningkatkan peluang untuk menang," katanya dalam program terbitan NTV7, 'viewpoints@7' yang dihoskan oleh Hamdan Ahmir malam tadi.

Dr Mahathir berkata perbezaan ternyata dalam pakatan pembangkang apabila mereka tidak sepakat dalam soal menggalakkan kebebasan agama dan sudah 'berperang' semasa sendiri semasa kempen pilihan raya umum.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) mampu bertahan lebih 40 tahun kerana gabungan itu mengamalkan konsep perkongsian kuasa dan kekayaaan negara diagihkan kepada rakyat.

"Ini adalah faktor utama kepada kestabilan dan keamanan negara berbanding negara lain," katanya.

- Bernama

ADS