Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Calon perdana menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada niat untuk membalas dendam terhadap bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad atau menjalankan penyiasatan terhadapnya jika Pakatan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 esok.

mahathir on ntv7 chat time 250413 01
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kubang Semang hari ini,
Anwar bagaimanapun berkata, ia tidak bermakna bahawa kekayaan Petronas akan terus kekal menjadi monopoli kroninya.

Sebaliknya, kata beliau kekayaan tersebut mesti dikembalikan kepada rakyat.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan akan mengikuti proses undang-undang dalam melaksanakan keadilan.

Memuji penjaga PM

NONE Dalam taklimat media, Anwar (kiri) mengucapkan terima kasih

kepada Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak yang menjanjikan peralihan kuasa yang lancar.

Mengenai kedudukannya sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan memerintah selepas PRU13 esok, Anwar berkata "ia akan diputuskan secara konsensus".

Mengenai jawatan timbalan perdana menteri (TPM), Anwar berkata ia juga telah dipersetujui melalui konsensus umum tetapi tiada pengumuman dibuat mengenainya.

Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu perhimpunan raksasa di Esplanade malam tadi bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi TPM 1 dan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang sebagai TPM 2.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS