TNB: Tiada gangguan elektrik waktu kira undi
Diterbitkan: May 7, 2013 10:33 AM | Dikemas kini: May 7, 2013 10:35 AM
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada pilihan raya umum ke-13, semalam.
Sehubungan itu, TNB dalam kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi meminta semua pihak supaya menghentikan dakwaan sedemikian yang tersebar dalam media sosial.
"Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berlangsung.
"Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan tersebut," menurut kenyataan itu.
- Bernama

