Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan 200 penyokong bekas anggota exco Kelantan Datuk Husam Musa hari ini berhimpun di hadapan Kota Darul Naim sebagai tanda solidariti ekoran pengguguran Husam daripada barisan majlis mesyuarat kerajaan negeri kali ni.

Seorang saksi, Mohd Zulhazmi Hassan berkata beliau mendapati perhimpunan tersebut berlangsung selama dua jam sejak jam 9 pagi, namun tidak melibatkan apa-apa ucapan dari mana-mana pemimpin.

NONE “Saya lihat ini merupakan gerakan rakyat,” katanya yang menambah kebanyakan daripada peserta merupakan kumpulan pelajar tahfiz dan juga golongan petani.

Aktivis hak hasil petroleum Kelantan itu berkata beliau tampil di perhimpunan tersebut hanya untuk memerhatikan perkembangan tersebut.

Perhimpunan itu tetap berlangsung walau Husam semalam mengeluarkan kenyataan bagi meminta penyokongnya agar bertenang.

Dalam kenyataan itu, Husam bertegas bahawa tiada konspirasi berlaku walau keputusan untuk membentuk barisan anggota exco yang baru dibuat tanpa penyertaannya.

Sungguhpun begitu, timbalan pesuruhjaya II PAS Kelantan itu mengakui terguris dengan tindakan sahabatnya dalam kepimpinan parti negeri yang tidak memaklumkan keputusan berkenaan terlebih dahulu kepadanya.

“Perkara ini (perlu) diurus dgn tatasusila yang baik sebagai seorang muslim. Iaitu memaklum pada saya dan panggil mesyuarat pehubungan negeri.

NONE “Masa kita nak lantik tok guru pun, kita ada mesyuarat perhubungan negeri. Lantik MB isu penting, kalau dimaklum kepada perhubungan dan disokong semua pihak dan dimaklum pada rakyat dgn baik, sudah tentu menambahkan pas dan peneriamaan rakyat jelata.

“Dan ini membantu. Orang ramai tak perlu tanya menanya satu sama lain,” katanya.

Timbalan menteri besar sebelum ini, Datuk Ahmad Yaakob, mengangat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu pada Isnin lalu.

ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.

Sementara itu ADUN Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pula mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri besar.

ADS