Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang guru tuisyen maut dipercayai terjatuh dari Tingkat 10, Pangsapuri Kristal Height Island Glades di Jalan Masjid Negeri di George Town pagi tadi.

    

Guru wanita tersebut Lim Boey Kim, 43, mengalami kecederaan di seluruh badan dalam kejadian jam 6.43 pagi itu.

    

"Difahamkan ibu mangsa baru meninggal dunia juga awal pagi ini dan kita tidak menolak kemungkinan mangsa mengalami tekanan perasaan kerana hal itu," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng.

    

Beliau berkata polis tidak mengesyaki sebarang pelakuan jenayah dan mengklasifikasi kes sebagai kematian mengejut.

    

- Bernama

ADS