Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya akan mendengar permohonan kerajaan Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran untuk mengembalikan pilihan raya tempatan pada 29 Mei ini.

Exco kerajaan tempatan dan pengurusan trafik negeri Chow Kon Yeow berkata, permohonan itu difailkan pada Mac tetapi pihaknya diberitahu pendengarannnya akan dibuat selepas pilihan raya umum.

NONE Tarikh pendengaran itu ditetapkan mahkamah susulan usul Pulau Mutiara itu untuk mengembalikan pilihan raya tempatan yang ditamatkan pada 1965.

Chow ( kanan ) berkata, beliau akan mewakili Pulau Pinang di Putrajaya sementara pakar perlembagaan Tommy Thomas akan menjadi peguamnya dalam kes yang difailkan bersama penduduk negeri dan bekas presiden Aliran P Ramakrishnan.

"Dalam petisyen kami, kami kata, dengan pewartaan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012, negeri patut dibenarkan menjalankan pilihan raya sendiri untuk memilih ahli majlis," kata Chow dalam sidang media hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS