Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

KONGRES PKR Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa individu yang mengendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor bukan terdiri daripada tokoh politik.

Dalam ucapan penggulungannya, Anwar menjelaskan bahawa kedudukan GLC bukan merupakan rizab parti.

"Kita jangan kompromi dengan prinsip integiriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan. Kedudukan GLC itu bukan rizab parti.

"Dan sesiapa yang duduk dalam GLC itu mungkin orang politik mungkin tidak. Tapi orang itu mesti ada kelayakan yang tidak akan mencampurkan urusan parti," katanya dalam Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Petaling Jaya.

Dalam ucapan perbahasannya, Ketua Penerangan PKR Shuhaimi Shafiei, meminta ahli parti dilantik dalam GLC dan majlis tempatan untuk memantau mereka yang tidak sehaluan dengan dasar parti.

Sehubungan itu, ketika bercakap kepada media selepas ucapan penggulungannya, Anwar sekali lagi menegaskan, ahli parti tidak sewajarnya terlibat dalam mana-mana perkhidmatan awam atau dalam kerajaan negeri.

"Isunya ialah individu itu perlu benar-benar profesional untuk mengendali sesebuah organisasi dan tidak mewakili parti.

"Parti tidak wajar dilihat atau terlibat secara langsung dalam mana-mana pengurusan perkhidmatan awam urusniaga negeri. Kita mesti mengasingkan tanggungjawab mereka," katanya lagi.

ADS