MIC membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low kerana enggan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC), sambil menegaskan bahawa ia adalah "satu-satunya jawapan" untuk mengakhir kes kematian dalam tahanan.

Bendahari agung MIC, Jaspal Singh berkata kenyataan Low bahawa IPCMC tidak perlu adalah "pra-matang" dan masyarakat India marah dengan kematian N Dharmendran dalam tahanan polis.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jaspal berkata syornya ialah supaya IPCMC ditubuhkan serta-merta.

Menurutnya, adalah jelas bahawa tiada pihak dalam penguatkuasaan undang-undang atau sebaliknya, boleh diharapkan mengawasi diri mereka sendiri.

"Sistem ini rosak, ia disalahgunakan. Kewujudan sistem semak dan kawal, yang dikuatkuasakan oleh pihak bebas seperti IPCMC, adalah satu-satunya jawapan untuk menamatkan pembunuhan kejam yang begitu memalukan kita," kata Jaspal.

[Baca berita penuh]