mk-logo
Berita
K'jaan timbang kawalan untuk portal berita

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan kini sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan negara Singapura pada minggu lalu.

NONE Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.

“Kini media sosial telah menjadi media aliran perdana,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katana, kerajaan menjalankan kajian tersebut memandangkan negara Singapura yang dilihat sebagai negara yang lebih canggih melaksanakannya.

Tambahnya, peraturan yang dikuatkuasa di negara berkenaan akan meliputi portal berita untuk laman seperti The Straits Times dan Berita Harian di negara itu.

“Ia tidak akan menyentuh blog dan sebagainya,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]

 

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini