Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low hari ini menemui beberapa wakil NGO bagi mendengar pandangan mereka berhubung kes kematian dalam tahanan.

Pengarah Strategi MIC S Vell Paari berkata, Low mahu mendapatkan maklum balas sebelum membangkitkan perkara itu kepada kabinet esok.

"Kami berpuas hati kerana beliau sangat terbuka dengan kami. Saya hargai hasrat menteri yang mahu kabinet menyokong perjuangan kami," kata Vell Paari apabila dihubungi.

Menurut Vell Paari lagi, beliau memberitahu Low, kejadian kematian dalam tahanan yang terus berlaku menyebabkan kemarahan awam.

Oleh itu, katanya lagi, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan mendakwa di mahkamah pegawai polis yang terlibat.

Sementara itu, wakil NGO MyWatch dan Power S Gobi Krishnan memberitahu Low, statistik menunjukkan sebanyak 64 orang Melayu, 30 Cina dan 28 India telah meninggal ketika dalam tahanan polis antara tahun 2000 hingga 2010.

[Baca berita penuh]