Pemuda MCA hari ini menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menghantar soalan pada sesi pembukaan Parlimen pada 24 Jun ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 bulan lalu.

NONE Ketua Pemudanya Wee Ka Siong menyamakan langkah itu sebagai menutup suara demokrasi pengundi, yang Anwar mengaku mahu mewakilinya.

"Anwar harus mengutamakan dengan mengetengahkan perkara yang melibatkan rakyat, daripada melayan ego sendiri," kata Wee yang juga anggota Parlimen Ayer Hitam.

Dalam kenyataannya hari ini, Wee ( kanan ) juga berkata, perbahasan di Parlimen membenarkan anggota dewan tidak kira daripada parti mana membangkitkan persoalan berhubung sebarang itu atau dasar kerajaan yang memberi kesan kepada rakyat.

Ia juga, tambah Wee, memberi peluang supaya wakil rakyat menyatakan sokongan terhadap suatu rang undang-undang sebelum ia diluluskan.

Anwar hari ini dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

[Baca berita penuh]