Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shabery gesa sokong Najib dalam pemilihan Umno
Diterbitkan:  Jun 10, 2013 9:55 AM
Dikemaskini: 10:02 AM

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa semua anggota Umno supaya terus menyokong kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak jika jawatan tertinggi Umno itu dipertandingkan dalam pemilihan tahun ini.

Menurutnya, ini kerana di bawah kepimpinan Najib, Umno terbukti terus menjadi pilihan rakyat apabila parti itu memenangi 88 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menjadi parti yang mendapat sokongan tertinggi berbanding parti lain.

NONE Ahmad Shabery, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata prestasi Umno dalam PRU13 amat membanggakan yang mana kemenangan 88 kerusi itu begitu hampir dengan gabungan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang dengan 89 kerusi.

"Datuk Seri Najib juga mendapat sokongan ramai pengundi Melayu di bandar walaupun ramai yang mendakwa Melayu bandar tidak lagi menyokong Umno seperti digembar-gemburkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan rakyat di Felda Neram Satu di Kemaman semalam.

Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata, Najib sendiri telah melakukan pelbagai transformasi dalam sistem pemilihan Umno yang menjadikan demokrasi terus subur dalam parti itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS