Malaysiakini BERITA

DBKL tolak permohonan Pakatan guna Padang Merbok

Lee Long Hui  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib sebaliknya mencadangkan pembangkang mengadakan perhimpunan itu di tempat tertutup seperti stadium.

Beliau juga berkata akan membantu Pakatan mencari tempat yang sesuai seperti perhimpunan yang diadakan di Selangor sebelum ini.

Perhimpunan pertama Pakatan sebelum ini diadakan di Stadium Kelana Jaya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Ahmad Phesal, keputusan menolak permohonan itu dibuat antaranya kerana Majlis Olimpik Malaysia sudah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi untuk acara mereka pada 23 Jun.

Justeru, mereka harus membuat persediaan logistik sehari sebelum itu.