Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) menyifatkan penegasan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan Johani Hassan bahawa hanya persetujuan seorang ibu atau apa diperlukan untuk mengislamkan seorang kanak-kanak sebagai "salah secara moral".

"Ini bukan hanya menyalahi perlembagaan tetapi juga salah secara moral dan tidak berhati perut," kata Presiden MGC Jagir Singh dalam kenyataannya semalam.

Walaupun mengakui bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan hanya persetujuan seorang ibu atau bapa diperlukan untuk mengislamkan kanak-kanak, Jagir menegaskan bahawa mahkamah terkhilaf dalam keputusan itu.

"Johani harus bertanya hati nuraninya sendiri. Apa perasaannya jika anak kecilnya ditukar agama tanpa kebenarannya?

"Keadilan tidak membenarkan kamu mengenakan satu undang-undang terhadap kamu dan satu lagi terhadap orang lain," katanya.

[Baca berita penuh]