Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Wanita PKR: Bagaimana kes Altantuya 'ditangani'?

Hazlan Zakaria

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Wanita PKR menuntut Menteri Pembangunan Wanita Datuk Rohani Abdul Karim menjelaskan maksudnya apabila berkata kes kematian warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah ditangani.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin mendakwa, seperti semua orang tahu, pihak yang terlibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dikenakan apa-apa tindakan. *

NONE Najib sudah beberapa itu kali menafikan dakwaan itu sebelum ini.

Dalam sidang media hari ini, Zuraida turut mendakwa, Rohani sebenarnya mengetepikan kebimbangan delegasi Mongolia yang ditimbulkan dalam persidangan wanita di Kuala Lumpur minggu lalu.

Rohani semalam enggan mengulas apabila ditanya mengenai memorandum delegasi Mongolia yang menuntut jawapan berhubung kes kematian Altantuya.

Rohani dalam satu sidang media semalam berkata, delegasi Mongolia itu tidak mengemukakan memorandum tersebut kepadanya dan kes itu juga kini telah ditangani.

[Baca berita penuh]

* Nota pengarang: Dalam surat kepada Malaysiakini bertarikh 17 Jun 2013, setiausaha akhbar kepada perdana menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai " berniat jahat dan tidak berasas ".