Speaker baru untuk Parlimen harus dipilih melalui rundingan dua belah pihak dan bukan melalui pengundian, kata anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini , Liew berkata, jika kerajaan dan pembangkang dapat bersama-sama bersetuju dengan seorang calon ketika persidangan pertama Isnin ini ia sudah cukup baik.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa pengundian rahsia untuk memilih speaker dewan.

"Setiap negeri mempunyai tradisi (Parlimen) sendiri. Kita mesti kembangkan tradisi sendiri," kata Liew.

Pembangkang mencalonkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman sebagai speaker - mungkin langkah yang julung-julung kalinya berlaku dalam sejarah Malaysia, kata Liew.

[Baca berita penuh]