Juruteknik dipindah lepas insiden Menara Umno
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindahkan juruteknik yang bertanggungjawab terhadap operasi CCTV kerana gagal memaklumkan atasannya bahawa terdapat kereta terperangkap ketika penebat kilat di Menara Umno diruntuhkan ribut pada 13 Jun lalu.
Juruteknik itu, yang beroperasi dari pusat kawalan dan operasi CCTV, dipindahkan segera berkuatkuasa hari ini, sementara menunggu siasatan lanjut oleh MPPP.
Setiausaha MPPP Ang Aing Thye berkata, siasatan awal menunjukkan terdapat dua rakaman dibuat sepanjang Jalan Macalister - sebuah di Jalan Anson/Jalan Penang dan sebuah lagi di persimpangan Jalan Zainal Abidin di depan Menara Umno.
Kereta itu, sebahagian daripadanya yang ditemui pada pagi 15 Jun, dipercayai kepunyaan penjaja Lim Chin Aik, 44, yang hilang akibat ribut dan dianggap meninggal dunia.
Beliau tidak ditemui sewaktu operasi pencarian dan penyelamat dijalankan. Operasi itu kemudian dihentikan.
[Baca berita penuh]

