WAWANCARA Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Rashid Hasnor berkata, beliau akan membangkitkan isu pengundian langsung untuk memilih anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada mesyuarat exco.

Sebelum ini pelantikan menganggotai JKKK dibuat berdasarkan lantikan daripada DAP, PAS dan PKR, seperti berlaku di zaman pentadbiran BN.

"Ada kuota tetap untuk ketiga-tiga parti dan kita pegang perjanjian ini untuk mengisi jawatan itu," kata Rashid ketika diwawancara Malaysiakini .

"Kecuali ada kekosongan untuk jawatan itu, kita ada persefahaman bahawa ia boleh diisi oleh parti komponen lain dengan persetujuan pengerusi di kawasan itu," katanya.

"Isu ini tidak pernah ditimbulkan tetapi mungkin saya akan bukan jalan untuk perbincangan, ia mesti dibangkitkan kepada exco negeri, jadi saya akan lakukannya," tegasnya.

[Baca berita penuh]