WAWANCARA Keputusan terkini pilihan raya di Johor membuktikan bahawa negeri di Selatan semenanjung itu bukan lagi kubu kuat Umno, kata anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong, yang juga ahli strategi politik DAP.

Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat meletakkan keutamaan merobek Johor, antaranya dengan membariskan tokoh-tokoh mapan mereka seperti pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Teo Nie Ching (sekarang anggota Parlimen Kulai) dan Liew sendiri.

NONE Mereka berjaya menang di lima daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.

"Kami harap untuk menang antara 10 hingga 15 kerusi Parlimen. Tetapi kami selalu sebut, paling minimum kami akan dapat lima kerusi.

Kami menang lima, tetapi PKR tewas banyak kerusi dengan perbezaan kecil - Pasir Gudang, Muar, Ledang, Segamat dan Tebrau. DAP juga tewas tipis di Labis," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Majoriti untuk BN di enam kerusi itu antara 353 dan 1,967 undi.

[Baca berita penuh]