Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing melihat kenyataan timbalan perdana menteri berhubung Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan pengislaman kanak-kanak secara sebelah pihak sebagai suatu "harapan, sekali gus kebimbangan".

"Pada satu sisi, TPM berkata, kerajaan akan mendengar pandangan," kata ketua Gereja Katolik di keuskupan Melaka-Johor.

"Pada sisi yang lain, katanya, pindaan rang undang-undang berhubung penukaran agama kanak-kanak itu selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan dengan kesetaraan seseorang dalam peruntukan perlembagaan."

Paul Tan berkata, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa cadangan pindaan rang undang-undang itu telah dibincangkan di kabinet juga pelik kerana bantahan dibuat oleh parti komponen BN sendiri.

Menurutnya lagi, jika kerajaan mendengar pandangan semua pihak, pindaan itu tidak akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama minggu lalu di Parlimen.

[Baca berita penuh]