Imigresen: Bukan Islam diberi status pelarian juga
RCI SABAH Ketua Pengarah Imigresen Alias Ahmad memberitahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang asing Sabah bahawa status 'pelarian' tidak hanya diberi kepada orang Islam.
Memberi keterangan pada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu, Alias berkata, ramai orang Islam dari Filipina diberikan status pelarian dan ini ekoran faktor geografi.
Ini ekoran negara jiran kita kebanyakannya terdiri daripada orang Islam dan ia berlaku secara kebetulan.
Tetapi, menurutnya lagi, tidak semua pelarian yang menerima status pelarian beragama Islam, tambah Alias.
Beliau menjawab soalan berhubung tanggapan bahawa hanya orang Islam diberikan status pelarian.
Pelarian daripada Selatan Filipinan diberikan dokumen IMM13 yang membolehkan mereka tinggal dan bekerja di negeri itu.

