Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri sumbang RM20,000 untuk tabung wartawan
Diterbitkan:  Jul 4, 2013 8:05 AM
Dikemaskini: 12:08 AM

Tabung Kebajikan Wartawan Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) semalam menerima sumbangan peribadi RM20,000 daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Sumbangan itu diumumkan oleh Subramaniam pada majlis 'Sepetang bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam' di Rumah Kelab NPC di Kuala Lumpur malam tadi, dalam lawatannya buat kali pertama.

"Sebagai tanda penghargaan, saya memberi sumbangan RM20,000 untuk wartawan yang terkorban ketika melaksanakan tugas," kata beliau semasa lawatannya buat kali pertama ke kelab itu.

Beliau berkata wartawan memain peranan penting dalam membentuk destini negara ini kerana mereka menyebar maklumat, menghubungkan pembuat dasar dengan rakyat dan membentuk pendapat ramai.

Sementara itu, presiden NPC Mokhtar Hussain dalam ucapannya berkata kelab itu mempunyai lebih 500 anggota yang aktif terdiri daripada wartawan dan profesional berkaitan media.

Beliau berkata Tabung Kebajikan Wartawan dibentuk pada 2006 untuk menjaga kebajikan wartawan dan tanggungan mereka.

"Dari 2007 hingga bulan lepas seramai 14 profesional media termasuk wartawan, bekas wartawan, penyunting dan jurugambar telah menerima sumbangan dari tabung itu.

"Penerima termasuk keluarga wartawan yang terkorban semasa bertugas atau sakit, wartawan yang kehilangan anggota keluarga atau mereka yang menghidap sakit teruk," kata beliau.

Mokhtar berkata kelab itu merancang menganjurkan lebih banyak bengkel dan ceramah bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab kewartawanan di kalangan anggotanya dan orang ramai.

- Bernama

ADS