Bangunan runtuh: PP mahu laporan JKKP minggu depan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) membuat kesimpulan segera terhadap siasatannya terhadap insiden runtuhan penebat kilat Menara Umno akibat ribut pada 13 Jun.
"Saya dimaklumkan bahawa JKKP juga menjalankan siasatan sama terhadap runtuhan itu, yang berlaku betul-betul seminggu selepas runtuhan jalan (di jambatan ketua Pulau Pinang)," kata Lim dalam kenyataan.
"Oleh kerana jarak waktu antara kedua-dua tragedi itu cuma seminggu, JKKP patut mampu menyelesaikan siasatan terhadap punca runtuhan (penebat kilat) sebelum minggu depan."
Semalam Ketua Pengarah JKKP Johari Basry, mengulas isu runtuhan di jambatan kedua berkata, mereka mendapati terdapat kecuaian kontraktor dalam prosedur dan aspek teknikal.

