Anak perempuan penganalisis politik, Abdul Anak Razak Baginda berhujah dengan seorang pemimpin NGO Tindak Malaysia berhubung soal bangsa dan reformasi pilihan raya.

Dengan memperkenalkan dirinya sebagai Rowena, dia menyoal pemimpin  Tindak Malaysia, Wong Piang Yow mengenai ketiadaan bangsa dalam  pembentangannya mengenai cadangan reformasi pilihan raya di forum Majlis Peguam dalam Kuala Lumpur.

rowena abdul razak Dia berkata rakyat Malaysia masih mengundi mengikut garis

perkauman dan bertanya bagaimana mungkin masyarakat minoriti melindungi status majoriti Melayu.

Rowena (kiri) menarik perhatian hadirin terhadap negara Bahrain yang ditadbir oleh kerajaan majoriti Sunni, dan menurutnya, mereka tidak dapat melindungi majoriti Syiah.

Di Malaysia, katanya, Wong mencadangkan sesuatu di mana golongan minoriti diberi kuasa, tetapi Rowena bertanya bagaimana mereka hendak melindungi hak-hak majoriti.

Wong berkata soalan itu aneh, sambil menegaskan bahawa ia adalah perkara biasa bagi majoriti untuk melindungi minoriti dan bukan sebaliknya.

"Bangsa majoriti di seluruh dunia biasanya akan menghasilkan perdana Menteri.

"Anda bertanya bagaimana minoriti boleh melindungi majoriti, minoriti tidak dapat melindungi diri mereka sendiri, jadi bagaimana mereka boleh melindungi orang lain, " katanya.

Representasi bangsa

Soalan Rowena nampaknya telah menimbul rasa kurang senang di kalangan beberapa hadirin apabila sepasang wanita yang berusia mengkritiknya secara terbuka.

Dia kemudian bertanya kepada Wong berapa ramai orang Melayu dalam Tindak Malaysia, kumpulan yang memperjuangkan reformasi pilihan raya itu, dan Wong menjawab bahawa jumlahnya kurang daripada 10 peratus.

"... anda tidak mewakili Malaysia secara keseluruhan, jika penduduk majoritinya adalah Melayu dan anda hanya mempunyai kurang daripada 10 peratus orang Melayu, dan itu adalah asas yang salah, "katanya.

Abdul Razak memainkan peranan penting dalam perolehan dua kapal selam dari Perancis. Dia juga pernah didakwa dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

[Baca berita penuh]