Minggu depan berakhirnya percubaan membuka semula Jonker Walk selama oleh Ketua Menteri Idris Haron selama sebulan untuk melancarkan lalu lintas.

Justeru, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berharap akan ada keputusan "menyenangkan" untuk menyelesaikan bantahan berhubung perkara itu.

"Kali terakhir saya bertemu ketua menteri pada 22 Jun. Beliau beritahu saya, beliau perlu empat minggu percubaan untuk melihat sama ada ia berjalan lancar atau tidak. Hari ini sudah 15 Julai, jadi minggu depan masuklah minggu keempat.

"Saya akan cakap dengan beliau dan saya fikir beliau akan - dengan segala macam memo yang masuk (menuntut membuka Jonker Walk), saya fikir beliau akan membuat pertimbangan menyenangkan."

[Baca berita penuh]