Mahkamah Pilihan Raya menetapkan tarikh 24 Julai untuk memutuskan sekiranya akan menggugurkan petisyen yang dikemukakan setiausaha agung Pemuda Gerakan Dominic Lau.

Hakim Zabariah Mohd Yusoff menetapkan tarikh tersebut di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini selepas mendengar hujah permulaan dari semua pihak.

Naib presiden PKR Tian Chua memenangi kerusi Batu dalam pilihan raya umum 5 Mei selepas menewaskan Lau dengan majoriti 13,284 undi.

[Baca berita penuh]