Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR semarak beli undi dengan justifikasi elaun perjalanan

Pendirian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pemberian "elaun perjalanan" kepada pengundi  sewaktu pilihan raya kecil Kuala Besut baru-baru ini adalah tidak salah, hanya akan menyemarakkan perbuatan membeli undi dalam pilihan raya akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mendakwa SPR enggan mengambil tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang pilihan raya dan sebaliknya menjustifikasikan pembayaran elaun perjalanan sebagai tidak salah.

Pada masa depan, katanya, orang akan memberi lebih banyak wang dalam pilihan raya atas nama 'elaun perjalanan, dan akhirnya, proses demokrasi di negara itu akan terjejas.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri  Abdul Aziz Mohd Yusof berkata membayar elaun perjalanan kepada pengundi bukan satu kesalahan, selagi mereka tidak meminta penerimannya mengundi sesiapa.

Mahfuz berkata sepatutnya, SPR tidak membenarkan politik wang dengan berselindung di sebalik apa-apa jua alasan dalam pilihan raya.

Ditanya mengenai tindakan Pemuda PAS memberi petrol percuma kepada penunggang motosikal di Kuala Besut pada hari mengundi, Mahfuz mempertahankan tindakan itu.

"Saya tidak berada di sana dan tidak secara peribadi melihatnya pada hari mengundi, tetapi dari apa yang saya faham, Pemuda PAS memberi petrol percuma kepada semua orang, bukan sahaja kepada pengundi.

"Petrol itu diberikan kerana ada orang yang memerlukannya untuk kembali bekerja dan ada juga orang dari luar Kuala Besut yang menerima petrol," kata Mahfuz.

PAS calon Azlan Yusof, yang mendapat 5,696 undi, tewas di tangan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, yang memperolehi 8,288 undi untuk menang dengan majoriti 2,592 undi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS