Isu kantin, NUTP minta guru bertindak profesional
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa para guru bertindak secara profesional dalam menangani murid sebuah sekolah rendah yang ibu bapa yang terlibat dalam mendedahkan penggunaan bilik persalinan sebagai kantin.
"Guru-guru yang berkaitan perlu bertindak secara profesional. Jika mereka bertindak secara profesional, maka semua ini tidak akan berlaku," kata Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Lok mengulas Guneswari Kelly yang berkata anak perempuannya menjadi sasaran guru-guru selepas dia mendedahkan isu kantin di SK Seri Pristana di Sungai Buloh.
Guneswari, pada 23 Julai, memuat-naik gambar-gambar kantin sementara di dalam bilik persalinan, dengan mendakwa murid bukan Islam makan di situ dalam bulan Ramadan.
Bagaimanapun, pihak sekolah itu berkata bilik persalinan itu telah digunakan sebagai sebuah kantin sementara sejak Mac, dengan murid dari semua kaum makan di situ.
Kantin di situ, yang dikatakan sedang diubahsuai, telah dibuka semula, selepas Kementerian Pelajaran campur tangan dalam perkara itu.
Sejak kejadian itu telah dibangkitkan, Guneswari dan guru besar sekolah tersebut, Mohamad Nasir Mohd Nor telah menerima ugutan bunuh dan ugutan culik.
[Baca berita penuh]

